GUA MUSANG: Cuaca panas yang melanda negara ketika ini memberi rezeki buat seorang peniaga apabila dapat menjual sebanyak 24 tan metrik tembikai jenis boci sehari. Zuhairi Hashim, 34, berkata, bekalan tembikai diambil secara pukal dari ladang tembikai di Dabong, Tok Bali, Pasir Puteh dan Setiu, Terengganu itu dijual serendah 80 sen sekilogram bagi gred B manakala gred A RM1.20. “Cuaca panas memberi limpahan rezeki kepada saya apabila buah berkenaan laris…










