MELAKA: Kementerian Pendidikan akan mengumumkan berita baik untuk warga pendidik sempena sambutan Hari Guru di sini hari ini. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, terdapat beberapa perkara penting yang akan disampaikan bagi menaikkan semangat para guru dan ekosistem pendidikan negara. “Tidak perlu tunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk umumkan. Menteri Pendidikan sendiri akan umumkan sesuatu, jadi tunggu esok. “Ada beberapa perkara yang saya fikir penting bagi menaikkan semangat para guru…