Mayat mangsa lemas kedua di Sungai Masai ditemukan

Mayat mangsa lemas kedua di Sungai Masai ditemukan

LOKASI seorang kanak-kanak ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang di Sungai Masai, Pasir Gudang lewat malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lagi remaja yang sebelum ini dilaporkan lemas di Sungai Masai, berhampiran Flat Seri Intan, Bandar Seri Alam, di sini telah ditemukan pada pukul 7.38 pagi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Pegawai Bomba, Sarhan Akmal Mohamad berkata, mangsa pertama telah ditemukan pada pukul 5.06 pagi.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa telah dikenal pasti sebagai Mohd. Danish Ahmad, 11, dan Zahir Ajmal Mohd. Idris, 13.

“Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan kedua-dua mangsa itu pada pukul 11.31 malam, semalam sebelum operasi mencari dan menyelamat digerak melibatkan seramai 19 pegawai dan anggota.

“Operasi SAR yang dimulakan pada pukul 4.28 pagi berjaya menemukan mangsa pertama iaitu Mohd. Danish pada pukul 5.06 pagi manakala mangsa kedua, Zahir Ajmal pula ditemukan pada pukul 7.38 pagi.

“Kedua-duanya ditemukan pada jarak sekitar 50 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Sarhan Akmal, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada pukul 8.33 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya