Mak Jah tunai haji hasil duit lakonan - Utusan Malaysia

Mak Jah tunai haji hasil duit lakonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berpeluang menunaikan ibadah haji ketika usia 42 tahun, ternyata mendatangkan kelegaan buat pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah. 

Mak Jah yang berkecimpung hampir empat dekad dalam industri lakonan berkata, dia mendapat panggilan haji pada 1999 dan mengerjakan rukun Islam kelima tersebut bersama rakan baiknya.     

Jelasnya, dia menggunakan wang hasil titik peluh bekerja keras selepas menjalani penggambaran di Brunei untuk menuju ke Tanah Suci Mekah. 

“Dulu pakej paling mahal bernilai RM11,000. Saya pergi dengan pakej RM9,800 selepas dapat bayaran daripada lakonan. Kalau ikutkan belanja keseluruhan mencecah RM12,000 di sana. 

“Saya masih ingat pesanan arwah ayah kalau hendak buat haji pergi semasa masih muda dan sihat,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Berkongsi pengalaman di Mekah, Mak Jah bersyukur kerana berpeluang mencium Hajarul Aswad serta urusan tawaf dipermudahkan. 

Kongsinya, ketika melaksanakan Tawaf Wada (selamat tinggal), dia menyedari dirinya sudah terpisah dengan ahli kumpulan lain. 

Katanya, tidak timbul perasaan takut atau gementar, sebaliknya, dia tetap tenang meneruskan ibadah dengan penuh keyakinan. 

“Saya perasan seperti ada seorang wanita yang sedang mengekori dari belakang semasa tawaf ketiga. Saya lihat orangnya cantik, kurus tinggi, memakai jubah sutera berwarna putih serta memegang tasbih yang panjang. 

“Sampai pusingan ketujuh, kami langsung tidak berkomunikasi (faktor bahasa) dan dia pula menunjukkan isyarat tangan suruh saya menuju ke makam Nabi Ibrahim dan mencium Hajarul Aswad. 

“Saya jadi hairan sebab dapat buat ibadah dengan tenang, tak berhimpit-himpit atau berebut-rebut dengan jemaah lain ketika itu,” katanya.   

Selepas peristiwa itu, Mak Jah berkata, dia sedih kerana tidak berpeluang mengucapkan terima kasih kepada individu yang ‘hadir’ membantu urusannya di depan Kaabah, kerana tidak menyedari kehilangannya daripada pandangan mata.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya