Luaskan perniagaan dengan FND

Luaskan perniagaan dengan FND

MOHD RIZA IMAM MASKOR Mohd Riza Imam Maskor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Satu lagi peluang untuk para usahawan mengembangkan bidang perniagaan mereka dalam satu bumbung menerusi laman sesawang www.fndnet.my.

Find Network & Deal (FND) merupakan platform jaringan yang mempunyai tiga kategori iaitu usahawan, syarikat dan pelabur, di mana mereka boleh mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka mengikut kategori yang disediakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Riza Imam Maskor, antara kelebihan platform ini iaitu semua usahawan adalah genuine entrepreneur dan setiap perkhidmatan yang mereka berikan kepada pelanggan juga akan diberikan rating (penilaian bintang).

“FND juga sedang bekerjasama dengan pihak bank dan agensi kewangan kerajaan untuk turut serta mempromosikan tawaran dan geran kepada usahawan yang mencapai rating yang paling tinggi.

“Malah, platform ini merupakan pusat sehenti yang menghimpunkan semua perniagaan di bawah satu bumbung sambil mengembangkan rangkaian mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Mohd Riza lagi, objektif fndnet.my adalah mengenalpasti dan mengatasi kelemahan usahawan dari segi pengurusan perniagaan dan membina jaringan perniagaan.

“Sekiranya usahawan memerlukan pembiaya, mereka perlu sediakan kertas kerja atau bukti perkembangan perniagaan mereka dan mereka boleh menghantar permohonan melalui fndnet.my untuk dinilai oleh pembiaya hingga ke proses perbincangan,” ujarnya.

Bagi usahawan-usahawan yang berminat, sila layari www.fndnet.my dan pendaftaran sistem ini adalah percuma.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN