Lima bas ekspres musnah dijilat api 

Lima bas ekspres musnah dijilat api 

BAS ekspres yang musnah dijilat api di sebuah bengkel di Jalan Kejuruteraan 1, Kawasan Perindustrian Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Sebanyak lima buah bas ekspres musnah dijilat api dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Kejuruteraan 1, Kawasan Perindustrian Segamat, di sini, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd. Hazim Abd Razak berkata, pasukan itu menerima laporan kejadian berkenaan pada pukul 7.10 malam.

“Kebakaran melibatkan lima buah bas yang berada di bengkel bas. Empat buah bas terbakar 90 peratus dan sebuah bas lagi terbakar 30 peratus.

“Api yang marak dikawal daripada merebak ke beberapa buah bas berhampiran yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Muhd Hazim berkata, kebakaran dapat dikawal dalam masa kira-kira setengah jam dan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN