Lelaki maut, terjun dari tingkat 15 pangsapuri - Utusan Malaysia

Lelaki maut, terjun dari tingkat 15 pangsapuri

Lelaki terjun
PASUKAN bomba dan polis menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa di tingkat enam sebuah pangsapuri di Seksyen 22, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang jurujual kereta maut dipercayai akibat terjun daripada tingkat 15 sebuah apartmen di Seksyen 22, di sini,  petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan tidak bergerak di tingkat enam kediaman bertingkat itu oleh seorang wanita.

“Pemeriksaan sekitar mayat mangsa menemukan satu beg kecil berwarna biru mengandungi kad pengenalan mangsa. Mangsa berumur 45 tahun bekerja sebagai jurujual kereta dan telah berkahwin serta mempunyai seorang anak,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau menjelaskan, hasil siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai bunuh diri dengan terjun dari tingkat 15 pangsapuri berkenaan kerana masalah judi dan ketagihan alkohol.

Menurutnya, mangsa dikatakan perlu menjalani rawatan ketagihan alkoholnya di sebuah pusat pemulihan, semalam.

“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Saipol Paizi Zainol di talian 0125781435,” ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam untuk membawa keluar mayat mangsa dari pangsapuri tersebut.

Katanya, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang terjatuh dekat  sebuah rumah di tingkat enam.

“Bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya