Lelaki ditemui maut selepas terjun dalam Sungai Klang - Utusan Malaysia

Lelaki ditemui maut selepas terjun dalam Sungai Klang

Lelaki maut
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa daripada perangkap sampah di Sungai Klang, Klang, Selangor, semalam. -UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pekerja kontraktor menemukan mayat seorang lelaki tersangkut pada perangkap sampah selepas dilaporkan hilang sejak tiga hari apabila terjun di Sungai Klang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, mayat tersebut ditemukan semalam kira-kira pukul 11 pagi, 500 meter dari lokasi dia dilaporkan terjun di Jambatan Kota Lama, Jalan Tengku Kelana.

“Kami mendapat panggilan daripada orang awam pada petang Isnin lalu yang memaklumkan terdapat seorang lelaki terjun ke dalam sungai di jambatan berkenaan.

“Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja dan Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) JBPM Selangor kemudian ditugaskan mencari mangsa,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Tambahnya, anggota bomba turut menggunakan dua buah bot bagi mencari mangsa, dengan luas kawasan pencarian kira-kira dua kilometer.

Selepas tiga hari mencari mangsa, kata Hafisham, mayat ditemui oleh seorang pekerja kontraktor pembersihan.

“Bomba bertindak mengeluarkan mayat daripada perangkap sampah dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Kami tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tidak menemui sebarang dokumen diri miliknya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya