Konsert Coldplay: Sokong muzik, bukan gerakan 'pelangi' - MB Selangor - Utusan Malaysia

Konsert Coldplay: Sokong muzik, bukan gerakan ‘pelangi’ – MB Selangor

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penganjuran konsert Coldplay disokong rakyat bukan kerana gerakan ‘pelangi’ namun cenderung dengan kerancakan muzik dipersembahkan artis terkemuka antarabangsa itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rakyat negeri ini yang matang dan metropolitan diyakini amat memahami budaya masyarakat Malaysia.

“Saya bersetuju dengan pandangan sesetengah pemimpin terutama KJ (Khairy Jamaluddin) mengenai hal ini. Bagi yang minat (Coldplay), ia mungkin mesej dalam muzik dan silakan pergi untuk bersama meraikan lagu serta irama Coldplay,” katanya, hari ini.

Jelas beliau, undang-undang sivil dan syariah di Selangor memang tidak menerima budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Kepada penganjur, saya minta nasihatkan kepada Coldplay dan artis lain supaya jangan pamerkan elemen ketika konsert di negara ini. Ini tanggungjawab kita. Selangor jaga Selangor,” ujarnya.

Kehadiran Coldplay di Malaysia mencetus kontroversi dan bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin parti politik. Namun, tiket menyaksikan konsert itu habis terjual dalam tempoh beberapa jam ia dibuka.

Konsert Music of Spheres World Tour itu dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam, 22 November depan.

Coldplay yang dianggotai Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion turut mengadakan konsert jelajah di beberapa negara Asia lain seperti Jepun, Australia, Taiwan dan Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya