Ketidakseragaman negeri gagalkan PRN serentak - Wan Ahmad

Ketidakseragaman negeri gagalkan PRN serentak – Wan Ahmad

PRN
Ketidakseragaman antara negeri mungkin akan menyebabkan pilihan raya negeri gagal diadakan secara serentak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ke­tidaksera­gaman negeri-ne­geri terutama­nya dalam isu politik dan wang tidak akan memboleh­kan Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksana secara serentak.

Selain itu, jarak masa terlalu besar antara Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pembu­baran juga menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa bersedia untuk ‘be­kerja’ dua kali atau lebih kerana menjalankan PRN dalam masa yang berbeza.

Keadaan ini menyebabkan politik dan urus tadbir negeri bukan sahaja terus bergolak, malah, mendorong kepada sua­sana tidak harmoni dalam ka­langan rakyat di negara ini.

prn
WAN AHMAD WAN OMAR

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, pilihan raya ne­ge­ri wajar dilaksana serentak dan waktu paling ideal pada hujung Jun atau Julai ini.

Katanya, tiada halangan untuk SPR mengadakan pilihan raya dalam tempoh itu dan pendapat bahawa bulan Ogos untuk pilihan raya diadakan kurang sesuai ke­rana terdapat tempoh hayat DUN yang berakhir lebih awal.

Negeri Sembilan dijangka membubarkan DUN pada 1 Jun ini.

“Kalau pembubaran berlaku (untuk semua negeri) yang terbaiknya dalam tempoh satu atau minggu dari pembubaran DUN yang pertama, maka semua DUN mempunyai masa dan memberi ruang untuk SPR me­netapkan satu tarikh yang selari.

“Saya sentiasa menggesa dan berharap yang pilihan raya ne­geri akan berlaku serentak. Kalau ada negeri yang meletakkan kepentingan politik yang me­ngatasi perkara lebih mustahak, maka akan berlaku penjarakan yang agak luas antara satu DUN dengan yang lain.

“Sebab itu, kalau tidak hujung Jun, maka Julai adalah terbaik kerana masuk bulan Ogos kerajaan perlu menumpukan kepada sambutan Hari Kebangsaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selasa lalu, akhbar ini me­laporkan, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, pilihan raya di enam perlu diadakan sebelum cuti sekolah bermula 25 Ogos tahun ini jika mahu dijalankan secara serentak oleh SPR.

Wan Ahmad berkata, beliau tidak melihat ada masalah di negeri-negeri ditadbir kerajaan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan untuk menjalankan pilihan raya negeri secara serentak.

Bagaimanapun, katanya, ne­geri-negeri jajahan pembangkang di Kelantan, Terengganu dan Kedah dilihat cenderung untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri bersekali kerana perancangan mereka sukar dijangka.

Bagaimanapun, Wan Ahmad maklum pada Februari lalu bahawa enam negeri berkenaan telah mencapai persetujuan membubarkan DUN masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini.

“Negeri kerajaan akan bersepakat membubarkan DUN serentak, tetapi, bagaimana pula bagi negeri di bawah Perikatan Nasional (PN)? Mungkin mereka ada perkiraan lain.

“Tetapi, sebenarnya, saya lihat modal berkempen dan isu-isu digunakan dalam pilihan raya negeri ini sama seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, jadi, saya tidak nampak tiga negeri pembangkang ini mahu bezakan tarikh pilihan raya mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×