PETALING JAYA: Kerja sambilan ketika belajar dapat membina sifat tanggungjawab dan amanah dalam diri mahasiswa. Pensyarah kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, bekerja separuh masa ketika menjadi seorang mahasiswa tidak menjadi satu masalah kepada mereka. Katanya, ia adalah sesuatu yang baik kerana selain dapat menampung perbelanjaan seharian di universiti, ia juga membina jati diri seorang mahasiswa yang berdisiplin. “Mahasiswa yang memilih untuk membuat…