Kemasukan pelajar ke SBP dinilai secara holistik

Kemasukan pelajar ke SBP dinilai secara holistik

Laporan Mingguan Malaysia 7 Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP) di negara ini dibuat berdasarkan penilaian secara holistik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, kelayakan setiap pelajar tersebut dinilai menerusi kaedah Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) termasuk beberapa komponen penting yang lain.

“Kemasukan pelajar ke SBP menggunakan kaedah PKSK, ia merupakan kaedah pemilihan jadi apabila mereka sudah melalui PKSK berdasarkan kelayakan mereka, itulah yang kita pilih masuk ke SBP serta melihat kepada komponen-komponen lain, pentaksiran berterusan dan aktifnya pelajar itu melalui penglibatan sukan.

“Tetapi apabila mereka masuk, itu tanggungjawab SBP untuk meningkatkan lagi potensi mereka, yang penting pemilihan mereka sudah tepat,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang kualiti para pelajar SBP dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ketika ini yang dipertikai kerana didakwa tidak dinilai berdasarkan kebolehan akademik sebaliknya menerusi ujian kognitif dan kecerdasan minda sahaja.

Kelmarin, Mingguan Malaysia melaporkan, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon mendakwa, perkara itu berdasarkan keluhan rakan-rakan guru di sekolah berasrama yang menyatakan bahawa kualiti kemasukan murid kurang berbanding dahulu.

Beliau mendakwa, kebergantungan sepenuhnya kepada ujian kemasukan itu dilihat menyukarkan tahap pengukuran pengetahuan murid sehingga menyebabkan guru terpaksa berusaha lebih dalam melahirkan pelajar cemerlang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN