Kelulusan permohonan warganegara cecah 8,000 tahun ini - KDN - Utusan Malaysia

Kelulusan permohonan warganegara cecah 8,000 tahun ini – KDN

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah kelulusan bagi yang memohon kewarganegaraan mencecah 8,000 setakat Mei tahun ini.

Jumlah itu menunjukkan Kementerian Dalam Negeri hampir mencapai dengan sasaran 10,000 menjelang tahun ini.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, permohonan yang diutamakan ketika ini adalah permohonan di bawah kewarganegaraan kategori anak angkat.

“Permohonan bagi kategori anak angkat ini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, jadi masalah mereka berlarutan.

“Ada yang susah dapat rawatan perubatan, kena bayar lebih macam orang asing. Susah nak masuk sekolah dan masalah berlarutan,” katanya kepada pemberita ketika hadir Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri Madani.

Beliau juga menegaskan, setiap permohonan kewarganegaraan diteliti dengan pertimbangan sewajarnya.

“Kita putuskan melalui kes-kes yang diteliti. Sebahagiannya dah sampai masuk usia nak masuk universiti dan kolej.

“Dengan keputusan saya buat, jumlah permohonan mencecah 8,000, jadi saya ada tujuh bulan lagi saya yakin dapat capai sasaran keputusan 10,000,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada banyak pertubuhan bukan kerajaan yang memberikan pelbagai syor terhadap isu kewarganegaraan termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kita memang ada jawatankuasa bersama seperti dengan kerajaan Sarawak dan kita bertekad untuk kelulusan 1,500 kepada semua kes yang tertangguh, jadi ini perkembangan yang sangat baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya