Kelantan, Terengganu terima 417,368 kg gula pulihkan bekalan

Kelantan, Terengganu terima 417,368 kg gula pulihkan bekalan

KPDN memeriksa bekalan gula di sebuah syarikat pemborong di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemborong utama gula di Kelantan dan Terengganu sudah menerima jumlah keseluruhan sebanyak 417,368 kilogram (kg) barang kawalan itu daripada kilang pembekal hari ini,

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, bekalan itu diedarkan masing-masing masing-masing 147,840 kilogram (kg) dan 269,528 kg di Kelantan dan Terengganu berdasarkan laporan operasi bersepadu di bawah Op Manis melalui pasukan tugas khas bagi memulihkan gangguan bekalan gula di setiap lapisan rantaian pembekalan di dua negeri berkenaan.

Menurut beliau, sebanyak 280 premis melibatkan 263 pemborong atau peruncit dan 17 pasar raya diperiksa menerusi operasi itu di Kelantan dan mendapati bekalan gula ada hasil pengedaran dan penghantaran yang dibuat enam pemborong utama.

“Pasar raya utama Mydin menerima jumlah bekalan gula tertinggi hari ini dengan menjadikan jumlah stok bekalan gula sebanyak 71,040 kg daripada syarikat MSM.

“Manakala pasar raya yang mengambil bekalan daripada pusat pengedaran (DC) seperti Econsave, Aeon Mall, Giant dan Lotus masih lagi mempunyai bekalan, namun tidak mampu memenuhi permintaan setempat dan menunggu penghantaran dari pihak DC mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, secara keseluruhan pemeriksaan dan pemantauan dibuat pasukan Task Force KPDN Kelantan, sebanyak 98 peratus bekalan yang diterima oleh pemborong utama telah dibuat edaran keseluruhan pemborong atau peruncit serta pasar raya di bawah seliaannya.

Katanya, hanya satu pemborong utama masih belum menerima bekalan daripada pihak kilang iaitu Link Holder yang dijangka sampai pada 9 dan 16 Mei ini daripada pihak MSM dan CSR.

Selain itu, di Terengganu pula, sebanyak 148 premis melibatkan pemborong, peruncit dan pasar raya menerima bekalan hasil edaran daripada 10 pemborong utama negeri itu.

Katanya, pemborong utama iaitu Shanghai Hung Chong Sdn. Bhd. menerima jumlah bekalan gula tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 45,360 kg daripada syarikat CSR.

“Hasil laporan yang diterima mendapati negeri Terengganu menerima bekalan gula tertinggi iaitu sebanyak 141,768kg daripada MSM dan 127,760kg daripada CSR.

“Pasar raya utama yang menerima edaran dari DC juga menerima pembelian tinggi dan berlaku kehabisan bekalan seperti di Mydin, Giant, Tunas Manja, Econsave dan Nirwana,” katanya.

Op Manis dilaksanakan memastikan tidak berlaku pembelian panik, memastikan pematuhan undang-undang dipraktik oleh setiap peniaga, pemantauan ke atas keberadaan inventori stok penimbal gula di kilang atau gudang penyimpanan serta memastikan tiada isu penyeludupan gula ke negara jiran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya