Kebolehan Rafizi sebagai menteri dipertikai

Kebolehan Rafizi sebagai menteri dipertikai

MOHD. PUAD ZARKASHI dan RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoal kebolehan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam mengawal keadaan ekonomi negara.

Kata beliau, rakyat masih belum nampak langkah yang signifikan oleh Ahli Parlimen Pandan tersebut.

“Sekurang-kurangnya polisi baru ‘ekonomi rakyat’. Mana dia dasar yang lebih baik daripada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)?

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri. Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi menteri. Bila jadi menteri tidak boleh biasa-biasa, mesti luar biasa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, ringgit terus jatuh dan mencecah paras RM4.6 berbanding USD iaitu paras terendah dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Mata wang tempatan didagangkan pada 4.6090/6130 berbanding USD sejak penutupan Rabu minggu lalu pada 4.5920/5950, ringgit terus susut nilai apabila ditutup pada 4.6105/6240.

Ringgit berbanding dolar Singapura juga jatuh ke paras terendah dalam tempoh 20 tahun apabila dibuka pada 3.4116/3.4170.

Walau bagaimanapun, kerajaan yakin kejatuhan nilai ringgit sejak kebelakangan ini tidak akan menjejaskan unjuran pertumbuhan ekonomi negara yang dianggar pada tahap 4 hingga 5 peratus, tahun ini.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR itu berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan mata wang tempatan itu.

Menurutnya, penyusutan nilai ringgit dua minggu ini banyak dipengaruhi perbincangan mengenai had siling hutang Amerika Syarikat (AS), sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, keadaan ini menyebabkan wujudnya ura-ura Kabinet akan dirombak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Jangan nanti rakyat kata ‘Rafizi turun, ringgit naik’. Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan Kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan Kerajaan Perpaduan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.