Kanak-kanak perempuan hilang 24 jam selepas keluar bermain ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Kanak-kanak perempuan hilang 24 jam selepas keluar bermain ditemukan selamat

SEORANG kanak-kanak perempuan yang hilang hampir 24 jam selepas keluar bermain kelmarin ditemukan selamat di sebuah bangsal di tepi jalan Permatang Kriang, Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

KEPALA BATAS: Seorang kanak-kanak perempuan yang hilang hampir 24 jam selepas keluar bermain kelmarin ditemukan selamat di sebuah bangsal di tepi jalan Permatang Kriang, di sini semalam.

Mangsa yang berusia enam tahun itu dijumpai orang awam kira-kira 2.4 kilometer dari lokasi kediamannya di Desa Kuala Muda, dekat sini pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak bermaya.

Katanya, polis menerima laporan yang dibuat ahli keluarga berhubung kehilangan mangsa malam kelmarin.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu dilaporkan keluar untuk bermain dari rumahnya di Desa Kuala Muda di sini, pukul 1.30 tengah hari, namun tidak pulang ke rumahnya sehingga pukul 5 petang.

“Selepas menerima laporan terbabit, polis menjalankan operasi mencari dengan bantuan ahli keluarga dan penduduk kampung.

“Pagi semalam, pencarian diteruskan dengan bantuan pihak bomba susulan mangsa dilaporkan hilang berhampiran kawasan sungai,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mangsa ditemukan di tepi jalan Permatang Keriang, kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan siasatan berhubung kes ini masih dijalankan,” katanya.

Terdahulu, maklumat berhubung kehilangan kanak-kanak perempuan itu turut dimuat naik Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi laman sosial Facebook beliau.

Menerusi perkongsian statusnya, beliau bersyukur susulan mangsa ditemui dengan selamat selain turut meluangkan masa menziarahi mangsa dan keluarga di Hospital Kepala Batas (HKB). – UTUSAN

SEORANG kanak-kanak perempuan yang hilang hampir 24 jam selepas keluar bermain kelmarin ditemukan selamat di sebuah bangsal di tepi jalan Permatang Kriang, Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya