JPA tubuh jawatankuasa khas teliti syor tindakan SPRM

JPA tubuh jawatankuasa khas teliti syor tindakan SPRM

MOHD. Zuki Ali ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Madani JPM di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan di peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk meneliti syor tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan salah laku kakitangan awam.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, ketua jabatan masing-masing sedang dalam proses mengambil tindakan dan ada sesetengahnya sudah pun diambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun, kata beliau, kes yang melibatkan salah laku seperti jenayah rasuah akan diambil tindakan sendiri oleh SPRM.

“Kes yang diangkat oleh SPRM ini ada jabatan dan agensi sebenarnya dalam tindakan JPA.

“Ada juga beberapa kes itu yang mungkin dalam proses menyiasat, jadi saya jangkakan ada satu jawatankuasa khas di JPA untuk melihat laporan tersebut.

“Mungkin apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah kes-kes yang kumulatif menyebabkan kes menjadi banyak,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Madani Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mendedahkan beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku kakitangan mereka dalam tempoh sedekad lalu, walaupun pihaknya mengesyorkan untuk mengambil tindakan.

Berdasarkan statistik, daripada 533 laporan, sebahagian besar iaitu 125 daripadanya membabitkan jabatan-jabatan polis manakala di tempat kedua adalah Jabatan Pengangkutan Jalan selain melibatkan mahkamah, Pejabat Perdana Menteri, pihak berkuasa agama, hospital dan jabatan kesihatan, serta universiti.

Mohd. Zuki berkata, selepas pendedahan SPRM itu, beberapa agensi terlibat diarahkan memberikan maklum balas dalam tempoh masa tertentu.

Katanya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke juga mengambil langkah segera untuk berbincang dengan pihak SPRM mengenai laporan tersebut.

“Saya rasa sudah ada tindakan, nanti saya minta JPA beri penjelasan lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya