Jerebu: Kerajaan pantau, sedia ambil tindakan lanjut

Jerebu: Kerajaan pantau, sedia ambil tindakan lanjut

NIK Nazmi Nik Ahmad (tiga dari kanan) bersama Pengerusi Malakoff Corporation Berhad, Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali (tiga dari kiri) melawat ruang pameran selepas pelancaran inisiatif penjenamaan semula Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) di Kuala Lumpur. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersiap siaga berdepan sebarang peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) selepas mengadakan perbincangan merentas kementerian berkenaan isu jerebu serta ancaman El-Nino yang dijangka melanda negara bulan depan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan memantau dekat peningkatan suhu dalam negara dengan meningkatkan pemerhatian terhadap pembakaran terbuka yang turut menyumbang pada kemerosotan kualiti udara.

“Minggu lepas kita telah adakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan. Jadi semua Jabatan Metreologi, jabatan-jabatan lain dan kementerian-kementerian berkaitan seperti Kementerian Pendidikan yang melibatkan sekolah, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Belia dan Sukan bagi aktiviti luar.

“Kita terus pantau secara dekat. Sedia maklum suhu panas maka insiden kebakaran semakin banyak. Maklumat berkenaan kualiti udara juga menjadi pengetahuan umum. Kita ada tindakan sekiranya sampai IPU tidak selamat, kita pantau rapat sekiranya perlu tutup sekolah atau aktiviti luar jika berlaku keadaan yang lebih serius.

“Kita berada dalam fasa monsun barat daya sejak 15 Mei dan dijangka hingga September 2023 kita akan alami cuaca panas kering dan hujan berkurangan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran penjenamaan semula Majlis Penjenamaan Semula Malakoff Corporation di sini hari ini.

Jelas Nik Nazmi, kebarangkalian El-Nino melanda negara amat tinggi berdasarkan ramalan agensi antarabangsa.

“El-Nino Southern Circulation yang banyak diperkata dan kebarangkaliannya adalah 82 peratus berlaku pada separuh tahun kedua 2023.

“Lebih 2,000 kes pembakaran terbuka direkodkan di seluruh negara sejak Januari lalu dan sekiranya kualiti udara terus merosot, kerajaan sudah bersiap siaga untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Kita juga memantau pembakaran terbuka, kalau mengikut statistik Jabatan Alam Sekitar, daripada 1 Januari hingga 31 Mei ada hampir 2,000 kes dan lima kes kebakaran skala besar iaitu hutan tanah gambut dan tempat pelupusan sampah dan tempat pelupusan sampah haram,” katanya.

Tambah Nik Nazmi, beliau amat berharap usaha untuk memastikan kebakaran di kawasan tanah gambut tidak berlaku disokong oleh kerajaan negeri seluruh negara.

“Saya turun ke Johan Setia, ini menjadi hotspot kebakaran sebelum ini dan untuk lihat sendiri, kerajaan persekutuan telah berbelanja besar menyediakan infrastruktur seperti check dam (sekatan saliran) dan tubewell (telaga tiub) untuk kita atasi kebakaran tanah gambut.

“Kerajaan Negeri Selangor secara aktif kekalkan kemudahan tersebut dengan sokongan PBT. Ada beberapa negeri yang kita mengalami masalah kerana kerajaan pusat telah labur namun tidak disambut baik kerajaan negeri itu jadi kurang berkesan apabila berlaku kebakaran di tanah gambut,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya