Jenayah seksual bawah umur meningkat di Selangor - Utusan Malaysia

Jenayah seksual bawah umur meningkat di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Polis Selangor mengesan jenayah seksual bawah umur berada di tahap membimbangkan apabila mencatatkan sebanyak 155 kes dilaporkan sejak Januari hingga April lalu.

Daripada jumlah itu, 33 individu yang ditahan merupakan pelajar lelaki.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kemudahan akses kepada internet dan media sosial memainkan peranan berlakunya jenayah seksual di bawah umur.

Jelas beliau, kebanyakan mangsa melibatkan pelajar. 

“Kita juga dapati kes-kes begini kian meningkat dan kemungkinan faktornya adalah suka sama suka.

“Jenayah seksual di bawah 18 tahun adalah satu kesalahan besar dan tidak faham akan undang-undang juga memainkan peranan suspek melakukan jenayah walaupun atas dasar suka sama suka,” katanya pada sidang akbar selepas merasmikan Dewan Serbaguna Balai Polis Seri Kembangan, di sini hari ini.

Beliau berkata, bahan-bahan lucah di internet mudah diakses oleh golongan ini hinggakan mereka menjadi teruja untuk melakukan hubungan seksual dengan mangsa.

Justeru, ibu bapa dan penjaga dinasihati agar memantau dan beri  perhatian terhadap aktiviti anak-anak mereka.

Jelas beliau, kes-kes yang berlaku kebanyakannya terjadi kepada pelajar perempuan di sekolah menengah dan mangsa paling muda terlibat berusia 12 tahun.

“Kejadian banyak terjadi di rumah suspek atau rumah mangsa, dalam kereta malah di tandas awam.

“Kejadian seperti ini amat membimbangkan kerana melibatkan suspek dan mangsa bawah umur dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan penjara yang boleh menjejaskan masa depan mereka,” katanya.

Tambah Hussein, pihaknya sentiasa memantau aktiviti para pelajar di sekolah dengan mewujudkan pegawai perhubungan sekolah.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu semua tidak memadai sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak mengambil serius akan isu ini dan perlu mainkan peranan mengenainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya