Jangan sertai demonstrasi di masjid negeri - Polis - Utusan Malaysia

Jangan sertai demonstrasi di masjid negeri – Polis

Masjid negeri
Perikatan Nasional (PN) berhasrat menguasai Selangor dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis meminta orang ramai tidak sesekali menyertai satu demonstrasi membantah rayuan kes kalimah Allah di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, perkara itu tular dalam media sosial yang menyeru semua umat Islam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

“Polis memandang serius perkara itu dan menasihatkan pihak penganjur supaya tidak meneruskannya. Ini terutama perhimpunan yang melibatkan kawasan rumah atau tempat ibadat.

“Kesalahan itu diperuntukkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, Ramsay menasihatkan orang ramai terutama di bandar raya ini tidak menyertai demonstrasi berkenaan bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam.

Terdahulu, tular mesej memaklumkan perhimpunan anjuran sebuah NGO itu dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.