Jangan gentar berdepan Selangor - Utusan Malaysia

Jangan gentar berdepan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Di atas kertas, Selangor memiliki segala kelebihan namun pemain Perak FC diharap tidak gerun dan gentar apabila kedua-dua musuh tradisi itu bertemu dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam ini.

Malah, Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi meminta pemain skuad The Bos Gaurus berjuang hingga ke wisel penamat bagi menghasilkan kemenangan ketiga mereka.

“Tiada yang mustahil dalam bola sepak. Oleh itu saya berharap pemain akan berjuang habis-habisan untuk menyaingi skuad Gergasi Merah.

“Tidak perlu takut dan gentar pada lawan. Saya yakin pemain Perak akan mempamer semangat juang tinggi,” katanya.

Mohd. Azim turut menyeru penyokong Perak hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan tuan rumah pada perlawanan malam ini.

Menurutnya, tidak ada apa yang pemain Perak FC perlu bimbangkan kerana mereka bermain di gelanggang sendiri.

“Dengan sokongan padu pemain ke-12, ia akan menyemarak semangat dan moral pasukan, meningkat keyakinan pasukan, ” katanya.

Menurut Mohd. Azim, beliau telah mengadakan pertemuan khas dengan pasukan dalam usaha meniup semangat pemain baru-baru ini.

Katanya, Ketua Jurulatih, Datuk Lim Teong Kim akan menurun kesebelasan terbaiknya dalam usaha menggempur lawan.

“Dia punyai pemain-pemain terbaiknya untuk perlawanan ini. Sudah pasti Perak turun dengan tekad mencatat pencapaian terbaik malam ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya