Jangan fitnah suami Tok Ti begitu - Utusan Malaysia

Jangan fitnah suami Tok Ti begitu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERBELIAK jugalah mata Cik Bunga apabila secara tidak sengaja terbaca tajuk sebuah blog yang berani mati buat tajuk cerita berbaur fitnah mengenai Datuk K, suami Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kebetulan ‘artikel’ itu lalu lalang beberapa kali juga di ruangan Facebook Cik Bunga.

Tajuknya bukan main.. ‘Datuk K bakal kahwini wanita muda untuk kekal muda’. Wow… tak agak-agak ya tuduhan itu dibuat sedemikian rupa.

Cik Bunga ini pun bukanlah dalam kategori SitiZoners. Tetapi, akal logik ini masih tahu lagi membezakan yang mana perkara sahih dengan tidak.

Kita pun orang industri seni, sudah tahu asam garamnya bagaimana. Jadi, apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba buat cerita dengan terang-terangan menyebut nama Datuk K yang kononnya bakal kahwin lain, bagi Cik Bunga itu memang mengundang padah.

Sah-sah perkara itu tidak betul. Sungguh tak baik dan tidak beretikanya orang yang mengeluarkan fitnah itu sementelah rumah tangga Tok Ti dengan Datuk K elok-elok sahaja dilimpahi kebahagiaan.

Cik Bunga tak faham kenapa ada orang tergamak nak buat perkara tak bertanggungjawab begitu. Apa faedahnya? Lepas itu, kalau ada orang yang percaya bulat-bulat, bagaimana?

Eh, ada ya manusia begitu, jenis baca tajuk saja dan terus buat andaian sendiri.

Bagi Cik Bunga, kalau nak naikkan rating atau view pada blog pun, usah tergamak buat fitnah tak berakal begitu.

Kasihan pada Tok Ti dan Datuk K. Lepas itu, tak pasal-pasal berkait pula dengan anak menantunya.

Apalah perangai masing-masing ini ya. Cik Bunga harap ramai boleh ambil perhatian tentang hal ini.

Jangan sesuka hati menulis semata-mata nak raih view pembaca di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya