BAGAN DATUK: Penduduk di Bagan Datuk tidak sabar untuk menggunakan Jambatan Bagan Datuk – Sejagop di sini yang kini hampir siap pembinaannya. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pembinaan jambatan itu hampir siap dan akan menghubungkan pekan Bagan Datuk ke Sejagop dan terus ke Jalan Kayan dan kini hanya tinggal kerja-kerja memasang lampu-lampu saja. Apabila digunakan, jambatan itu memberi kemudahan akses pengangkutan utama antara ke Klang, Lumut, Perak Tengah dan daerah Manjung…









