Isu kontraktor lari, Mark Adam pilih diam - Utusan Malaysia

Isu kontraktor lari, Mark Adam pilih diam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Mark Adam tetap bertenang dan enggan memperbesarkan isu kontraktor rumahnya lari walaupun kerugian beratus ribu ringgit.

Jelas Mark, pengalaman hidup dalam persekitaran ganas dan menakutkan semasa kecil membuatkan dia lebih senang untuk diam serta meneruskan kerja-kerja pembinaan rumah perlahan-lahan.

“Saya datang dari perkampungan yang ganas. Banyak kejadia ngeri saya sudah lihat depan mata sejak kecil. Orang mati depan mata pun pernah. Saya sendiri hampir tiga kali mahu dibunuh.

“Buat masa sekarang, saya pilih ketenangan. Tak mahu kecoh-kecoh, besarkan isu. Saya dan isteri teruskan perojek renivasi itu beransur-ansur. Biarlah, nanti mereka jawab di akhirat.

“Alhamdulillah, ada pihak yang dusi menolong. Bila ada wang untuk beli barang binaan, mereka akan buat kerja-kerja tersebut. Harapnya, tahun ini dapat diselesaikan,” katanya.

Mark ditemui ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Indigital Music dan FYP Media baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mark juga mengakui ramai rakan-rakannya meminta dia untuk mengambil tindakan terhadap kontraktor tersebut namun baginya, ini adalah satu pengajaran.

“Saya memang tak mahu kecoh-kecoh. Saya berniat untuk membina kediaman ini untuk keluarga mentua. Mereka banyak membantu dan menerima saya seadanya.

“Walaupun ditipu kontraktor, nilai yang saya laburkan tidak setanding dengan kebaikan diberikan kepada saya selama ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN