Israel tuduh Iran bangunkan 'pangkalan keganasan terapung'

Israel tuduh Iran bangunkan ‘pangkalan keganasan terapung’

KAPAL tempur antipeluru berpandu milik tentera Iran menjalani latihan ketenteraan di Teluk Oman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel mendakwa Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengubah suai sejumlah kapal komersial menjadi pentas pelancar peluru berpandu, dron dan komando yang bertujuan mengukuhkan pengaruh tentera laut sulit Teheran.

Dakwaan itu dibuat oleh Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant ketika hubungan wilayah haram itu dengan Iran semakin memuncak selepas Teheran terus menyatakan sokongan kepada pejuang Palestin dan Lubnan.

Gallant menyatakan beberapa imej menunjukkan enam kapal Iran diubah suai dengan lima daripadanya mempunyai nama dan menyifatkannya sebagai ‘pangkalan keganasan terapung’.

Selain itu, Gallant turut mendakwa satu daripada enam kapal tersebut berlayar sehingga ke Teluk Aden, baru-baru ini.

“Iran semakin agresif dalam meluaskan aktiviti ketenteraannya ke Lautan Hindi dan kemudian ke Laut Merah dan Laut Mediterranean,” katanya.

Teheran dalam pada itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Dalam perkembangan lain, jurucakap Kementerian Luar Teheran, Nasser Kanaani mengecam lawatan Menteri Keselamatan Nasional Israel yang berhaluan pelampau kanan, Itamar Ben-Gvir ke Masjid al-Aqsa.

Nasser menggesa masyarakat Islam antarabangsa untuk mengambil tindakan berkesan, segera dan mencegah sebagai tindak balas terhadap penindasan oleh Zionis.

Pada Ahad lalu, Ben-Gvir yang dikawal ketat polis mengunjungi Masjid al-Aqsa, beberapa hari selepas perarakan bendera yang penuh kontroversi diadakan.

Lawatan itu merupakan yang kedua dilakukan oleh Ben-Gvir sejak beliau menjadi anggota pentadbiran kerajaan gabungan Israel. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya