Ibu hiba terima ijazah kelas pertama anak

Ibu hiba terima ijazah kelas pertama anak

NUR Akmar Mohd. Salleh (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya dalam Sidang Ke-4 Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-96 bagi menerima ijazah milik arwah anaknya di Dewan Agong Tuanku Canselor di UiTM, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perasaan hiba mengiringi perjalanan seorang ibu yang keluar seawal pukul 6 pagi dari Nilai, Negeri Sembilan menuju ke Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini untuk menerima segulung ijazah mewakili arwah anaknya, semalam.

Nur Akmar Mohd. Salleh, 53, kehilangan anak tunggal yang sepatutnya menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat bersama 753 graduan daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi pada Sidang Ke-4 Istiadat Konvokesyen Ke-96.

Lebih menyentuh hati, Allahyarham Nur Fatin Aqilah Ahmad Faridz, 27, sepatutnya menerima ijazah kelas pertamanya yang dikurniakan oleh Pro Canselor, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Nur Akmar berkata, dia tidak pernah terbayang mewakili arwah naik ke pentas kerana pengalaman tersebut sangat dinantikan anak tunggalnya itu yang sepatutnya menerima ijazah berkenaan dua tahun lalu.

“Arwah menyatakan hasrat mahu bercuti bersama keluarga untuk meraikan kejayaannya menggenggam segulung ijazah. Lebih-lebih lagi Nur Fatin Aqilah cemerlang dalam pengajiannya apabila mendapat keputusan kelas pertama.

“Dia menyimpan hasrat tersebut begitu lama kerana sepatutnya arwah menerima ijazahnya pada 2021, namun disebabkan Covid-19, istiadat tersebut ditangguhkan pada hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Nur Akmar berkata, Nur Fatin Aqilah menerima dua kali tawaran menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sebelum dia sekeluarga kehilangannya akibat Covid-19 pada 24 Disember tahun lalu.

“Anak saya memang penghidap asma, pada 1 November dia kena serangan Covid-19 dan dimasukkan ke hospital, kemudian arwah dibenarkan pulang. Tetapi, apabila berada di rumah, arwah mengadu sesak nafas dan dibawa sekali lagi ke hospital. Itulah kali terakhir dia pulang ke rumah.

“Arwah sangat aktif dengan aktiviti kolej dan kepemimpinan mahasiswa. Kecemerlangannya itu menyebabkan dia ditawarkan untuk melanjutkan pengajian, tetapi atas faktor kesihatan, arwah tolak semua tawaran,” luahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.