Hormat suami, Bella Dally tolak tawaran berlakon dengan Nazim Othman - Utusan Malaysia

Hormat suami, Bella Dally tolak tawaran berlakon dengan Nazim Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Bella Dally menolak untuk menerima sebarang tawaran yang menggandingkannya dengan bekas suaminya yang juga aktor, Nazim Othman.

Jelasnya, keputusan itu dilakukan kerana menghormatinya suaminya, Ariff Izuddin Mohd Radzali walaupun mendapa kebenaran untuk berlakon sama.

“Saya seorang yang profesional. Tetapi jika ada tawaran untuk berlakon dengan Nazim, lebih baik saya tolak.

“Bukan sebab suami tak beri izin, saya sendiri yang tidak mahu. Saya memilih untuk menghormati suami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bella berkata, dia lebih selesa bergiat aktif sebagai pereka kandungan di media sosial dan memperlahankan karier lakonannya.

“Bukan tak mahu berlakon tetapi saya dambakan naskhah yang bersifat memperkasakan wanita. Saya tidak mahu watak-watak teraniaya atau lemah.

“Menjadi pereka kandungan media sosial juga sesuatu yang menyeronokkan. Tidak mengambil masa yang lama berbanding berlakon. Saya pun ada masa untuk bersama keluarga,”ujarnya.

Sebagai info, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama Nazim Othman pada September 2016.

Walaubagaimanapun, ikatan perkahwinan mereka terlerai apabila mengesahkan telah bercerai pada Mei 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya