Henti sensasi MRSM dua darjat - Utusan Malaysia

Henti sensasi MRSM dua darjat

ASYRAF Wajdi Dusuki melawat tapak-tapak pameran pada Program Hari Mara Bersama Rakyat dan Jelajah Pendidikan Luar Bandar di UTC Selangor, Shah Alam. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Masyarakat digesa berhenti sensasikan isu cadangan pengwujudan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mara tidak mempunyai inisiatif serius untuk mewujudkan kluster tersebut yang dikhuatiri menyebabkan kemunculan dua kelompok masyarakat.

“Ia cuma idea untuk menangani permintaan daripada golongan T20 yang sanggup membayar namun mengekalkan orientasi MRSM. Kita juga tidak mahu mengurangkan kuota B40 sedia ada kerana itu prinsip dan dasar kita. 

Sebab itu kita tanya pandangan positif dan negatif dan kita berharap masyarakat dan media tidak cepat mensensasikan sesuatu tajuk berita. Contohnya apabila idea tersebut dilontarkan ada pihak mendakwa Mara memperkenalkan MRSM dua darjat,” katanya kepada pemberita ketika Majlis Pelancaran Konvoi Jelajah Pendidikan Mara, hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan Mara menawarkan 9,300 tempat pengajian di bidang lanjutan meliputi 3,300 tempat dalam bidang profesional dan 6,000 tempat dalam bidang kemahiran (TVET).

Menurut Asyraf Wajdi, pihaknya mengambil inisiatif terhadap penganjuran program tersebut untuk memastikan kesemua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat maklumat terbaik berhubung pendidikan pasca persekolahan di bawah Mara.

“Bagi mencapai objektif tersebut, MARA mengadakan  Program Kembara Pendidikan Dan Jelajah Luar Bandar melibatkan tujuh daerah luar bandar di negeri ini bermula dengan Sabak Bernam bertempat di Plaza Sungai Besar 27 Mei ini.

“Negeri lain juga turut mengadakan program sama dengan sasaran daerah-daerah luar bandar demi memastikan tiada pelajar tercicir dan mendapat maklumat pendidikan daripada pegawai-pegawai MARA secara langsung,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya