Golf Amal PNSB kumpul dana RM20,000 bantu empat NGO

Golf Amal PNSB kumpul dana RM20,000 bantu empat NGO

PARA peserta Golf Amal PNSB 2023 bergambar sebelum memulakan kejohanan di Kelab Golf Glenmarie, Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Golf Amal Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 2023 berjaya mengutip dana sebanyak RM20,000 untuk diagihkan kepada empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antara NGO tersebut adalah Pertubuhan Kebajikan Dan Kemasyarakatan Asnaf Seksyen 7 Shah Alam, Pertubuhan Pusat Jagaan Limpahan Kasih, Good Samaritan Home Care Centre dan Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah.

HARIS Kasim (duduk, lima dari kanan) bergambar bersama penaja Golf Amal Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berkata, ia merupakan usaha dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Sumbangan dan khidmat bakti atas tujuan kebajikan mampu menjana perubahan dan membawa seribu makna kepada mereka yang memerlukan,” katanya semasa majlis makan tengah hari dan penyampaian hadiah kejohanan tersebut.

Sementara itu, kejohanan golf amal PNSB tahun ini menyaksikan penyertaan seramai 132 orang peserta dari pelbagai jabatan, agensi, organisasi dan media di di Kelab Golf Glenmarie, Shah Alam, Selangor, semalam. 

Kejohanan tersebut turut disertai oleh Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Haris Kasim yang juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PNSB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya