MEKAH: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) membuat penambahbaikan pusat khidmat pelanggan pada tahun ini dengan membahagikan aduan kepada lima kategori sebagai langkah memantapkan perkhidmatan mereka kepada dhuyufurrahman. Pengarah Operasi Mekah, Mohamad Zamry Mohd. Noor berkata, lima kategori itu ialah aduan, permohonan, cadangan, penghargaan dan pertanyaan. Katanya, pusat khidmat pelanggan adalah salah satu daripada empat bahagian pentadbiran yang disusun dalam operasi haji tahun ini selain pengurusan, penerbangan dan khidmat luar. “Pusat…