Exco Terengganu terlibat kemalangan di LPT1 - Utusan Malaysia

Exco Terengganu terlibat kemalangan di LPT1

KEADAAN Range Rover dinaiki Hanafiah Mat terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 127.7,  LPT 1, berhampiran Temerloh, Pahang, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, terlibat dalam kemalangan di Kilometer 127.7,  Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), berhampiran Temerloh, Pahang kira-kira pukul 4.20 petang tadi.

Bagaimanapun, Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai dan pemandunya, Mohd. Zubaidi Zahari, 33, serta dua lagi rakannya yang turut berada dalam kenderaan itu hanya mengalami cedera ringan. 

Mohd. Zubaidi, 33, berkata, ketika kejadian, mereka berempat menaiki kenderaan utiliti sujan (SUV) jenis Range Rover milik salah seorang rakan Hanafiah, sedang dalam perjalanan pulang ke Kemaman, selepas selesai urusan kerja di Kuala Lumpur. 

“Ketika saya sedang memandu di lorong kanan, tiba-tiba sebuah lori muatan buah-buahan yang berada di lorong kiri  menukar haluan ke sebelah kanan tanpa sebarang isyarat dan menghimpit kenderaan yang dipandu saya. 

“Saya cuba mengelak ke kanan, namun lori tersebut terus menghimpit kenderaan kami menyebabkan kenderaan yang saya pandu hilang kawalan dan terbalik di lorong kanan jalan,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini. 

Mohd. Zubaidi berkata, Hanafiah yang duduk di bahagian kanan penumpang belakang hanya mengalami lebam di paha kiri dan sakit di belakang dan sedang menerima rawatan di Kuantan Medical Centre, Kuantan, Pahang.

“Alhamdulillah, kami terselamat dalam kemalangan tersebut apabila hanya menerima kecederaan ringan sahaja,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.