Empat suspek bantu ah long ditahan - Utusan Malaysia

Empat suspek bantu ah long ditahan

MOHD. Shuhaily Mohd. Zain menunjukkan suspek yang terlibat dalam perbuatan khianat menyimbah cat dan membakar kereta peminjam ah long.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Gara-gara mahu mengurangkan hutang yang dipinjam daripada seorang ah long Singapura, dua suspek lelaki tempatan sanggup bertindak membakar dan menyimbah cat terhadap tiga kereta milik pemin­jam-peminjam lain di negeri ini, 30 April lalu.

Kedua-dua suspek itu turut melibatkan dua kenalan wanita mereka untuk bersekongkol melakukan jenayah khianat tersebut.

Namun perlakuan jenayah keempat-empat suspek berusia 22 hingga 33 tahun itu dipatahkan polis setelah kesemua mereka ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Ipoh, Pe­rak pada 4 dan 6 Mei lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, keempat-empat suspek ditahan susulan tiga laporan kejadian kebakaran kereta melibatkan Perodua Kelisa, Alza dan Myvi, 30 April lalu.

“Polis menerima aduan daripada seorang wanita berusia 40 tahun yang memaklumkan kereta Kelisa milik anaknya dibakar pukul 4.20 pagi di Bukit Tengah.

“Kemudian pada tarikh sama polis menerima dua lagi laporan membabitkan kejadian membakar kereta iaitu di Bukit Minyak dan Air Itam,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, semakan ka­mera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek menggunakan kereta jenis Toyota Yaris berwarna merah dan hasil risikan polis mengesan kedudukan kereta tersebut lalu menahan dua suspek iaitu seorang lelaki dan teman wanitanya.

“Hasil soal siasat yang dilakukan berjaya menahan seorang lagi suspek lelaki di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya, Ulu Kinta, Perak sebelum polis menahan suspek wanita di Kampung Simee, Ipoh, 6 Mei lalu,’’ katanya.

Jelasnya, suspek aktif me­lakukan jenayah itu sejak pertengahan Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN