El-Nino dijangka jejas minyak sawit pada 2024

El-Nino dijangka jejas minyak sawit pada 2024

PENGELUARAN minyak sawit negara dijangka menurun menjelang Tahun 2024 disebabkan ramalan El-Nino yang tinggi berlaku pada pertengahan tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGSAR: Pengeluaran minyak sawit negara dijangka menurun menjelang Tahun 2024 disebabkan ramalan El-Nino yang tinggi berlaku pada pertengahan tahun ini.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, cuaca yang terlampau semestinya akan mengganggu tumbesaran buah kelapa sawit sehingga mencapai keranuman.

AHMAD PARVEEZ GHULAM KADIR

Katanya, anggaran penurunan kepada pengeluaran hasil minyak tersebut adalah dalam satu tan hingga boleh mencapai tiga juta tan.

“Pada tahun ini, kita masih belum dapat lihat setakat mana El-Nino menjejaskan tanaman kelapa sawit.

“Ini kerana impak yang daripada fenomena tersebut kepada penurunan tan minyak kelapa sawit mengambil masa antara 15 hingga 18 bulan,” katanya pada Majlis Apresiasi Media anjuran MPOB, di sini semalam.

Walau bagaimanapun, beliau yakin bahawa penurunan yang bakal berlaku tidak akan menjejaskan pengeluaran minyak kelapa sawit ke tahap yang bahaya.

Jelasnya, MPOB telah melakukan pembaharuan dari segi penanaman dan teknologi yang telah dikaji oleh para penyelidik bagi menangani ancaman cuaca terhadap kualiti buah dan pokok.  

Namun begitu, beliau khuatir penurunan tersebut berkemungkinan besar akan membinasakan negeri yang merupakan penanaman dan pengeluar terbesar seperti Sarawak dan Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN