Dua lelaki dikesan pecah masuk surau

Dua lelaki dikesan pecah masuk surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki dikesan memecah masuk sebuah surau Al Kausar, Rawang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 itu, tindakan kedua-dua mereka mencuri penyedut hampagas berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) selepas cubaan mereka memecah tabung surau gagal.

Pengerusi surau terbabit, Mohd. Zaini Hasbulah berkata, kejadian itu hanya disedari pada Ahad lalu ketika mereka ingin menggunakan penyedut hampagas itu untuk membersihkan surau.

Menurutnya, dia ada bertanya kepada ahli jawatankuasa (AJK) namun mereka juga tidak tahu dan selepas mencari di merata tempat termasuk di dalam stor tetap tidak menemukannya dan  menyebabkan mereka memeriksa CCTV.

“Selepas diperiksa kami dapati dua lelaki memecah masuk surau ini pada 22 Mei lalu pada pukul 3.50 pagi.

“Mereka juga cuba mengumpil peti tabung surau namun gagal dan kemudian mengambil penyedut hampagas terbabit,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zaini berkata, pihaknya tidak sangka alat penyedut hampagas itu juga dicuri sedangkan selama ini mereka menyimpannya di sudut tepi.

“Kami sudah membuat laporan polis berhubung kecurian terbabit untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN