Drama tak boleh jual kalau tiada pelakon cantik? - Utusan Malaysia

Drama tak boleh jual kalau tiada pelakon cantik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Sebagus mana pun seseorang pelakon, kalau tak cantik atau kacak mahupun memiliki jutaan pengikut media sosial, drama tak boleh jalan (jual).”

Demikian luahan pelakon berpengalaman, Azizah Mahzan, 59, mengenai situasi industri lakonan yang lebih mengutamakan aspek komersial semata-mata tanpa menilai kualiti yang dimiliki setiap artis.

Jelasnya, itu adalah hakikat yang terpaksa ditelan kerana penonton di negara ini juga lebih tertarik dengan kecantikan pelakon yang muncul dalam kaca televisyen.

“Kalau (pelakon) sudah tua orang tak mahu lihat, tidak kisahlah sebagus mana pun anda.

“Saya terpaksa bersetuju dengan perkara ini sebab itu yang penonton mahu sekarang. Kita tak boleh kekal dengan tradisi lama dengan meletakkan ramai pelakon veteran dalam satu naskhah sebab pasaran kita kecil, sedangkan Indonesia pun susah hendak lepas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Azizah berkata, situasi tersebut jauh berbeza jika dibandingkan dengan negara Barat, India dan China yang tidak mempunyai masalah untuk meletakkan pelakon veteran handalan dalam sesebuah naskhah sehingga diterima ramai.

Dalam perkembangan lain, pelakon telefilem Anak Tuan ini berkata, dia menjadi selektif selepas kerap diberikan watak antagonis dan hampir sama bagi setiap drama yang pernah dijayakan.

Katanya, dia sangat mengidamkan watak yang dapat meninggalkan impak besar kepada penonton kerana drama bukan sekadar lakonan semata-mata.

“Saya tak ambil job sebab asyik-asyik karakter sama, balik-balik cerita ibu mentua tak suka menantu.

“Saya sangat teringin untuk menjayakan watak tentang pejuang wanita. Baik pejuang kanan atau kiri, saya tak kisah.

“Ada ura-ura hendak buat kisah Shamsiah Fakeh. Saya pernah dapat watak Matahari dalam sebuah drama lama, tetapi tak dapat dikeluarkan kerana ada masalah teknikal. Saya juga pernah dapat watak Tan Sri Saleha Mohd. Ali iaitu kakak kepada Tun Siti Hasmah.

“Cerita seperti inilah yang penuh dengan isi dan sarat mesej. Barulah saya dapat penjiwaan karakter sepenuhnya sebab feel dia lain kalau kita dapat watak hidup sebenar,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya