Desakan tukar KM Pulau Pinang khabar angin- Anthony Loke

Desakan tukar KM Pulau Pinang khabar angin- Anthony Loke

ANTHONY Loke dalam sidang akhbar di MOT, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyifatkan desakan supaya Lim Guan Eng kembali menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai khabar angin.

Menurutnya, DAP juga tidak pernah menerima sebarang memorandum atau surat daripada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengenai perkara tersebut.

“Saya tak terima apa-apa gesaan, itu khabar angin sahaja, saya tak tahu khabar angin itu daripada siapa.

“Dikatakan ada tiga ADUN tapi saya tak pernah terima apa-apa memorandum atau pun mana-mana surat daripada mana-mana ADUN,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan terdapat desakan dalam DAP dikatakan bertujuan menyekat Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow daripada kembali memegang jawatan itu selepas pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Perancang dikatakan mahu Pengerusi DAP tersebut kembali menerajui kerajaan negeri dan antara yang mendesak agar Guan Eng membuat kemunculan semula di Pulau Pinang ialah tiga ADUN yang enggan dinamakan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan bekas ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming bahawa Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan patut menyertai DAP berikutan parti itu tidak mempunyai calon Perdana Menteri, Anthony Loke berkata, itu merupakan sebuah pandangan peribadi.

“Kenyataan dibuat itu pandangan peribadi Kian Ming, saya tak mahu ulas pandangan peribadi beliau,” ujarnya.

Kenyataan Kian Ming itu disiarkan menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dihoskan bersama Khairy dan Shahril beberapa hari yang lalu ketika Kian Ming disoal ‘kenapa kami patut menyertai DAP?’ – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya