Cuaca panas: Hasil padi Sungai Besar jangka susut 20 peratus - Utusan Malaysia

Cuaca panas: Hasil padi Sungai Besar jangka susut 20 peratus

Hasil padi
SALLEHUDDIN Mohd. Iskan (berdiri) beramah mesra dengan pengunjung pada program itu di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Hasil tanaman padi seramai 6,000 pesawah di Sungai Besar di sini, dijangka menyusut lebih 20 peratus akibat cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Ia antaranya berpunca sumber air terhad yang menyebabkan padi kekurangan berat selain faktor serangan serangan penyakit padi dan serangga perosak.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar, Sallehuddin Mohd. Iskan berkata, pesawah kebiasaannya akan memperoleh hasil pengeluaran padi antara sembilan sehingga 10 tan metrik.

Namun, katanya, cuaca panas kini mengakibatkan pesawah di kawasan berdekatan di sekitar Tanjong Karang hanya mengutip hasil lapan tan.

“Justeru, kita menerima rungutan pesawah yang bimbang keadaan sama berlaku ketika musim tuaian dalam tempoh terdekat.

“Faktor cuaca itu sememangnya tidak dapat dielak dan diharap sumber air akan mencukupi bagi menghasilkan padi berkualiti dan lebih berat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri PPK itu di Sungai Besar di sini, hari ini.

Jelas Sallehuddin , kawasan padi di Sungai Besar berkeluasan 6,000 hektar meliputi mukim Panchang Bedena, Sungai Panjang dan sebahagian mukim Pasir Panjang.

“Masalah penyusutan pendapatan pesawah dialami sejak 14 musim tuaian atau tujuh tahun lalu berpunca akibat penyakit. Namun, cuaca panas ketika ini menambah kesulitan sedia ada dan berharap kerajaan dapat membantu bagi menyelesaikan isu berkenaan,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya turut akan membina sebuah lagi pusat pukal padi bagi membantu pesawah di kawasan berkenaan tahun ini.

“Kita kini mempunyai dua pusat bagi belian padi itu di Parit 12 dan Parit 9 yang mampu membeli sehingga 5,000 tan. Namun, pusat pukal baharu akan dibina di Parit 1 selain sebuah stesen minyak yang bakal menjana ekonomi dan portfolio perniagaan PPK Sungai Besar,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya