Bersatu, Pas macam `tunduk’ kepada Tun M - Utusan Malaysia

Bersatu, Pas macam `tunduk’ kepada Tun M

Pengarah Komunikasi Pusat PKR, Lee Chean Chung
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin  ‘tunduk’ kepada gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) yang dipengerusi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Perkembangan itu terserlah, susulan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan kekayaannya seperti pernah disuarakan Mahathir sebelum ini. 

Pengarah Komunikasi Pusat PKR, Lee Chean Chung berkata, PN yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas semakin merosot sehingga perlu bergantung kepada kekuatan Mahathir. 

“Merujuk kenyataan Ahmad Faizal yang mencabar Perdana Menteri untuk mendedahkan kekayaannya, saya berpendapat seruan tersebut senada dengan Tun Mahathir sehingga memperlihatkan Bersatu seperti mula tunduk kepada Pengerusi GTA. 

“Sebelum ini Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menandatangani Proklamasi Orang Melayu bersama Tun Mahathir, kini, Ahmad Faizal sebagai pimpinan kanan Bersatu pula mendukung kenyataan bekas Perdana Menteri itu,” kata beliau dalam kenyataan hari ini. 

Menurut beliau, tindakan Bersatu dan parti di bawah gabungan PN itu menunjukkan pengaruh Pas dan Bersatu semakin merosot sehingga mereka  perlu bergantung kepada kekuatan Mahathir. 

Lebih pelik, kata Chean Chung, pemimpin ulung PN seolah-olah mengetepikan Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan  Ketua Pembangkang PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Sebelum ini, Ahmad Faizal meggesa PKR membentang kewangan parti itu kerana didakwa berbelanja besar semasa membantu kempen Anwar yang bertanding di Parlimen Tambun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahmad Faizal  tewas kepada Anwar untuk mempertahankan Parlimen Tambun pada PRU15.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya