Beri tumpuan kepada acara ‘lubuk emas’

Beri tumpuan kepada acara ‘lubuk emas’

MOHD. HISAMUDIN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) disaran mengubah strategi dan membuat perancangan terbaik dengan memberi tumpuan kepada sukan yang berpotensi menjadi ‘lubuk emas’ buat kontinjen negara.

Langkah berkenaan diyakini dapat membantu kontinjen negara dalam soal kutipan pingat dalam mana-mana temasya yang disertai pada masa hadapan sekali gus mengelak daripada gagal menepati sasaran yang telah ditetapkan.

Bagi merealisasikan perkara itu, antara pendekatan yang perlu dilakukan termasuk menambah peruntukan kewangan, menghantar atlet berpotensi untuk berlatih di luar negara, selain merangka program latihan yang lebih baik dan berkesan.

Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, tumpuan kepada acara ‘lubuk emas’ seperti olahraga dan renang itu tidak bermakna KBS dan MSN perlu meminggirkan sukan-sukan lain yang turut berpotensi menyumbang pingat emas buat negara.

“Selain itu, persatuan sukan di negara ini perlu memberikan maklumat yang tepat kepada KBS, MSN dan juga Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi mengelak sasaran yang diletakkan dalam mana-mana kejohanan lebih bersifat ‘syok sendiri’ dan gagal direalisasikan oleh atlet.

“Ketiadaan maklumat tepat berisiko menyebabkan sasaran yang ditetapkan buat kontinjen negara gagal direalisasikan seperti mana yang berlaku di Sukan SEA Kemboja apabila Malaysia membawa pulang 34 pingat emas berbanding 40 emas yang disasarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu katanya, kegagalan di Sukan SEA Kemboja 2023 juga tidak wajar diletakkan di atas bahu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli Abdul halim sepenuhnya, sebaliknya semua pihak perlu mengambil tanggungjawab itu termasuk pemimpin persatuan sukan.

Katanya, sasaran yang diletakkan persatuan sukan juga perlu realistik dengan kemampuan atlet masing-masing dan bukan hanya ‘gah’ dengan sasaran namun, bergelut untuk menunaikan apa yang ditetapkan apabila memasuki kejohanan seterusnya menjejaskan imej negara.

“Berdasarkan pencapaian atlet negara di Sukan SEA Kemboja, Malaysia tidak gagal sepenuhnya biarpun gagal menepati sasaran kerana atlet-atlet muda yang dihantar berjaya melakar kejutan dan menempa kejayaan termasuk memecahkan rekod kebangsaan.

“Pendedahan kepada barisan atlet muda dan kejayaan yang dicapai mereka juga merupakan petanda positif untuk pencapaian sukan negara selain akan menjadi persiapan terbaik menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand dan juga Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2027,” katanya.

Untuk rekod, pada temasya Sukan SEA Kemboja, Malaysia menampilkan 387 orang atau 56.33 peratus atlet berusia bawah umur 23 tahun dalam pelbagai jenis sukan.

Daripada jumlah tersebut, 65 peratus atlet membuat penampilan pertama di Sukan SEA, sekali gus membuktikan kita sebenarnya berani memberi peluang kepada atlet muda yang bakal menjadi aset sukan negara pada masa hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya