MELAKA: Akses kepada pendidikan perlu diberikan kepada semua tanpa mengira latar belakang seseorang. Itu pegangan bekas Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Mazlan Mohamad yang berusaha tanpa jemu dalam memastikan pendidikan sampai kepada setiap lapisan masyarakat termasuk anak-anak gelandangan. Penerima Anugerah Tokoh Kepemimpinan Pendidikan Kebangsaan 2023 itu berkata, perjuangannya bukan bertujuan meraih anugerah tetapi meletakkan matlamat perkhidmatan supaya pendidikan mesti dikuasai oleh semua. “Menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang…










