Bekalan air di Selangor stabil untuk berdepan El-Nino - Utusan Malaysia

Bekalan air di Selangor stabil untuk berdepan El-Nino

Air Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor dijangka tidak berdepan masalah untuk terus membekalkan air mentah ketika cuaca panas walaupun negeri ini didakwa mudah dipengaruhi fenomena El-Nino berdasarkan situasi pernah dilalui pada 2015 dan 2016.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan memaklumkan kapasiti empangan di Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang mengalami cuaca panas dan kering mulai Jun, masih berada pada tahap optimum.

Negeri tersebut adalah daripada lapan negeri termasuk Perlis, Kedah dan Pahang yang mudah dipengaruhi fenomena El-Nino yang menyebabkan cuaca kering dan panas melampau.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dilaporkan sentiasa bersedia untuk mengoperasikan Projek Takungan Air Pinggiran Sungai Hibrid (HORAS 600) jika terdapat keperluan untuk membantu Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi dari segi pelepasan air.

“Semua pengendali operator air perlu menyediakan pelan persediaan bagi menghantar lori tangki ke kawasan yang dijangkakan mengalami gangguan bekalan air. Jika perlu, menempatkan tangki statik di kawasan kritikal atau tinggi (bertekanan rendah) dikenal pasti menghadapi kekurangan bekalan semasa kemarau dan waktu puncak..

“Operator air juga diminta untuk bersiap siaga dengan jentera, kenderaan, alat kelengkapan dan tenaga kerja untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan seberapa segera sekiranya berlaku kerosakan di loji atau insiden paip pecah,” katanya.

SPAN dalam kenyataan sama menjelaskan El-Nino berlaku akibat peningkatan suhu Lautan Pasifik secara mendadak, sekali gus akan mengakibatkan perubahan kepada sistem iklim, terutamanya peningkatan suhu di permukaan dan pengurangan jumlah taburan hujan di negara ini.

Dalam pada itu, agensi tersebut turut memaklumkan langkah awal juga sudah dilakukan bagi menangani cuaca kemarau dan panas melampau iaitu Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam di Pulau Pinang pada 2 hingga 4 Mei 2023 dengan kerjasama Met Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya