Bas percuma ke Parlimen terus beroperasi 

Bas percuma ke Parlimen terus beroperasi 

PRASARANA meneruskan perkhidmatan bas percuma ke bangunan Parlimen selama persidangan itu berlangsung 11 hari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meneruskan perkhidmatan bas pengantara percuma antara stesen Kuala Lumpur Sentral ke Parlimen sepanjang Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat yang bersidang selama 11 hari bermula hari ini. 

Perkhidmatan bas pengantara percuma itu menyediakan dua bas khusus untuk ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai, petugas media dan kakitangan Parlimen.  

Ia mula dilancar pada 20 Februari lalu oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang diyakini membantu mempromosi penggunaan pengangkutan awam.

Bas pengantara itu akan berhenti di tiga stesen bermula dari KL Sentral, Taman Botani dan Parlimen sebagai destinasi terakhir. 

Bas pengantara tersebut beroperasi bermula pukul 7 pagi hingga 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya