Bas ekspres hilang kawalan langgar sembilan kenderaan - Utusan Malaysia

Bas ekspres hilang kawalan langgar sembilan kenderaan

ANGGOTA bomba membawa keluar mangsa dalam kereta yang terlibat nahas di Kilometer 256.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Sebuah bas ekspres dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sembilan kenderaan di Kilometer 256.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini petang tadi.

Kejadian sekitar pukul 4.30 petang itu menyebabkan kesesakan sehingga 10 kilometer (KM) sebelum Terowong Menora menuju Kuala Kangsar.

Ketika kejadian, bas membawa 22 penumpang itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kamunting, Taiping.

Difahamkan, kesemua penumpang bas terselamat tanpa sebarang kecederaan manakala mangsa lain yang cedera ringan di dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut.

Sementara itu @Plustrafik dalam ciapannya di Twitter pada pukul 5.53 petang memberitahu, nahas tersebut mengakibatkan kedua-dua lorong terpaksa ditutup sementara untuk kerja-kerja pengalihan.

Kesesakan sehingga 10KM berlaku menuju ke Kuala Kangsar sebelum semua lorong kembali dibuka kepada kenderaan pada pukul 6.57 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya