Awesome TV minta menteri tak masuk campur urusan dalaman

Awesome TV minta menteri tak masuk campur urusan dalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil diminta tidak mencampuri hal-hal komersial stesen penyiaran Awesome TV dengan pembekalnya.

Awesome TV menjelaskan pihak yang bertanggungjawab untuk produksi rancangan televisyen serta hal pembayaran kepada syarikat-syarikat produksi adalah syarikat perantaraan atau ejen yang dilantik oleh pihak stesen, dan bukannya stesen televisyen.

“Menteri juga membuat rujukan kepada peranan My Creative Ventures Sdn. Bhd. (My Creative) yang menyuntik pinjaman perniagaan kepada penggiat seni.

“Pihak stesen televisyen tidak berurusan langsung dengan My Creative. Maka, tidak wajar bagi menteri atau pihak My Creative membuat apa-apa kenyataan mengenai stesen televisyen ini,” katanya dalam kenyataan akhbar bagi membantah maklum balas Fahmi.

Awesome TV turut menasihatkan Fahmi, sebagai seorang menteri adalah sewajarnya membuat kajian lanjut terutamanya dengan pihak stesen dan tidak melemparkan kata-kata yang memberi kesan negatif serta tidak adil.

“Selaku stesen televisyen yang berpegang teguh kepada prinsip integriti, Awesome TV telah menjalankan operasi syarikat dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang memburukkan imej Awesome TV dengan tidak adil.

“Kami berharap pihak media dan masyarakat dapat memahami sepenuhnya konteks sebenar dan tidak membuat penilaian yang boleh mengakibatkan fitnah.

“Kami tetap berkomitmen untuk memberikan kandungan berkualiti tinggi dan memberikan sumbangan yang signifikan kepada industri penyiaran,” jelasnya.

Kelmarin, semasa sesi Town Hall Industri Kreatif Siri 3: Industri Filem di RexKL, Fahmi meminta Awesome TV melunaskan segera isu hutang tertunggak jika ada termasuk kes saman membabitkan beberapa penerbit, baru-baru ini.

Fahmi berkata, beliau sudah bertemu pengurusan tertinggi stesen penyiaran swasta terbabit bagi memastikan kontroversi tidak berlanjutan, pada 15 Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya