Asalkan hormat budaya tempatan - Caprice - Utusan Malaysia

Asalkan hormat budaya tempatan – Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Rap, Caprice, 34, berpendapat tiada masalah untuk kumpulan rock terkenal Coldplay mengadakan konsert di Malaysia asalkan mereka tahu menghormati budaya masyarakat tempatan.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menambah, jika kumpulan itu tidak mengibarkan bendera pelangi semasa konsertnya di Malaysia, maka tiada apa yang perlu ditakutkan dengan penganjuran konsert Coldplay.

“Asalkan dia (Coldplay) tak keluarkan bendera pelangi dan hormat budaya orang rumah, Insya-Allah kita selamat.

“Kita pun kena mudahkan penganjuran majlis agama di Kuala Lumpur ini, seperti pentauliahan. Insya-Allah hiburan ada, majlis agama pun ada, tiada masalah,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

Caprice juga menyangkal tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan penganjuran konsert sebegini menjadi punca keruntuhan agama Islam.

“Kalau nak cakap ia rosakkan umat Islam, konsert tidak tersenarai pun dalam top 5.

“Apa yang menjadi punca keruntuhan ialah dadah, gangsterism, buli, rasuah.

“Nak selamatkan umat Islam, lawanlah judi, kamu berani ke nak langgar taikun? Nak selamatkan umat islam kena hapuskan rasuah, kamu berani ke nak kantoikan kawan?” soalnya.

Terdahulu, penganjuran konsert Coldplay di Malaysia telah menimbulkan perbincangan hangat di laman sosial.

Terdapat segelintir individu meminta konsert ini dibatalkan dan khuatir Coldplay bakal menyebarkan agenda LGBT kerana mengibarkan bendera pelanginya pada konsert sebelum ini.

Untuk info, pemegang kad CIMB boleh membeli tiket konsert Coldplay hari ini sejak pukul 9 pagi bermula dengan harga RM228 hingga RM1,288 tidak termasuk caj lain bagi setiap transaksi.

Konsert ini akan diadakan pada 22 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN