Ani Omar tempat pertama peraduan anjuran DBP, Utusan Malaysia

Ani Omar pemenang tempat pertama peraduan anjuran DBP, Utusan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang peserta, Ani Omar, 64, dinobat sebagai pemenang tempat pertama di minggu pertama sempena Peraduan Teka Kata Bahasa Jiwa Bangsa (4.0) yang dianjur Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Utusan Malaysia.

Ani juga berpeluang menerima wang tunai berjumlah RM500 dengan slogan terpilih iaitu ‘kebersamaan mengukuh kematangan, mengikat kefahaman dan mengental keinsanan’.

Tempat kedua dimenangi oleh Mohammad Saiful Anuar, 39, dan memperoleh wang tunai berjumlah RM400.

Dalam pada itu, tempat ketiga dimenangi Ahmad Ridzuan Abdullah, 33, yang menerima hadiah wang tunai RM300.

Sementara tiga peserta lain iaitu Ain Shaqinah Ahmad Basori, 18; Siti Khatijah Chek, 31; dan Wan Zahera Alia Megat, 34, masing-masing menerima sagu hati berjumlah RM100.

Peraduan teka kata terbuka kepada seluruh warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat kakitangan Media Mulia Sdn. Bhd. serta DBP.

Peserta boleh memotong keratan jawapan yang disiar setiap Isnin hingga Khamis. Keratan yang diisi jawapan hendaklah ditampal pada borang penyertaan yang dikeluarkan pada setiap Jumaat.

Peserta juga perlu melengkapkan slogan yang disedia oleh penganjur mengikut kosa kata yang betul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN