Anak belum cukup umur untuk faham -Lufya Omar - Utusan Malaysia

Anak belum cukup umur untuk faham -Lufya Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon Lufya Omar, 38, hanya mampu mengelak setiap kali anaknya, Laana Haura, 5, bertanya tentang keberadaan bekas suami.

Bagi Lufya, anak tunggalnya itu belum boleh memahami status penceraian bersama bekas suami, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

“Sebenarnya dia (Haura) sudah mula bertanya soalan yang sukar dijawab. Setiap kali dia bertanya saya selalu elak.

“Dia baru berusia lima tahun dan belum cukup umur untuk faham.

“Saya juga tidak mahu bercakap perkara yang tidak baik mengenai bapanya,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas sebutan kes tuntutan Mut’ah di Mahkamah Syariah Shah Alam baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Lufya bersyukur kerana mendapat sokongan adik-beradik selain kerap membawa Haura menziarahi mereka.

“Saya akan alihkan perhatian Haura dengan melakukan banyak aktiviti.

“Dia juga rapat dengan adik-beradik saya yang semuanya perempuan. Mereka semua ibarat emak kepada Haura,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Lufya membuat tuntutan Mut’ah berjumlah RM1 juta terhadap bekas suami.

Lufya dan Hafiz pernah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura.

Namun begitu, mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya