Alvin Chong cuba nasib di luar negara - Utusan Malaysia

Alvin Chong cuba nasib di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Alvin Chong, bertekad untuk mula mencuba nasib di luar negara bermula penghujung tahun ini.

Kata pelakon berusia 32 tahun itu, perancangan itu difikirkannya selepas terinspirasi dengan pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh dan Henry Golding yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa.

“Jadi, saya akan pergi casting di luar negara bermula hujung tahun ini. Negara mana, belum dipastikan lagi. Harapnya London, Filipina atau Singapura.

“Pada masa sama, pihak pengurusan saya kenal dengan sebuah agensi di Korea. Saya cuma tunggu masa terbang ke negara itu untuk kejar sesi uji bakat.

“Saya tak mahu tangguh, nak jadi seperti Michelle dan Henry, tembusi pasaran luar negara. Saya percaya pada usaha dan rezeki,” katanya.

Alvin berkata demikian ketika mempromosikan drama terbaru lakonannya, Journal Sara Haeyo terbitan Viu Malaysia.

Mengulas tentang drama tersebut, Alvin menafikan dia menerima bayaran yang terlalu tinggi bagi melakonkan watak Han meskipun pernah merangkul anugerah Persembahan Pelakon Pembantu Terbaik – Digital pada Anugerah Televisyen Asia ke-27 di Filipina Disember tahun lalu.

“Dan saya tidak minta bayaran tinggi sebab proses penggambaran tidaklah berat sehingga memerlukan latihan intensif dan sebagainya. Wardrobe pula disediakan. Jadi tak masuk akal kalau saya letak harga mahal.

“Lainlah kalau beban kerja lebih, wardrobe sendiri, barulah masuk akal untuk saya dibayar lebih.

“Saya mahu mudahkan proses agar orang senang kerja dengan saya. Saya percaya tindak tanduk kita terhadap orang akan berbalik kepada diri sendiri satu hari nanti,” jelasnya.

Ditanya pula tentang berlakon di luar negara, Alvin tidak menafikan ada menerima tawaran daripada produksi negara luar yang berminat untuk bekerjasama dengannya.

“Mereka kenal saya melalui Instagram, kemudian hubungi saya menerusi emel. Tapi atas kekangan masa dan komitmen lain, saya terpaksa tolak.

“Saya harap akan ada peluang yang sama di masa akan datang. Bayaran bukan isu bagi saya, yang penting jalan cerita. Saya percaya rezeki sentiasa ada,” jawabnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.