AJL tak relevan, buat industri muzik mundur - Joe Flizzow - Utusan Malaysia

AJL tak relevan, buat industri muzik mundur – Joe Flizzow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow, 43, mempersoalkan kerelevanan konsep anugerah dan pertandingan nyanyian Anugerah Juara Lagu (AJL) yang dianggap hanya membuatkan industri muzik menjadi mundur.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak mendakwa AJL yang wujud sejak tahun 80-an adalah sebuah pertandingan yang dicipta oleh pihak stesen televisyen bagi mengalahkan rating pertandingan nyanyian lain, Bintang RTM yang popular pada waktu itu.

Oleh itu, Joe merasakan konsep pertandingan daripada tahun 80-an sudah tidak lagi relevan untuk diteruskan penganjurannya sehingga ke hari ini.

“Analoginya seperti saya minta kamu pergi ke satu galeri. Saya minta kamu senaraikan rating lukisan mana yang paling bagus. Bagaimana kamu tentukan?

“Mereka ada cara untuk mengadili lagu dan memilih pemenang yang saya sendiri tak tahu bagaimana. Walaupun ketika saya menang AJL, saya pun tak tahu mengapa saya menang.

“Bagi kebanyakan orang, AJL adalah world cup tapi bagi saya ia hanyalah hari Ahad yang biasa. Saya tak pernah memahami konsep pertandingan nyanyian ini. Selepas 30 tahun, adakah ia masih relevan?” katanya kepada Utusan Malaysia di majlis sidang media konsert Joe Flizzow, This Is Johan Live In Concert, semalam.

Bukan itu sahaja, penyanyi Satu Malam Di Temasik itu juga mempertikaikan kaedah pemarkahan dan kredibiliti juri yang dilantik mengadili pertandingan.

“AJL mengumpulkan banyak penyanyi dan para juri akan mengadili mereka. Sebenarnya, siapa kita untuk mengatakan penyanyi itu lebih baik daripada penyanyi yang lain?

“Ada juri yang tidak pernah mempunyai satu pun lagu hit yang dihasilkan dalam hidup mereka. Siapa mereka untuk cakap seseorang artis itu lebih baik?” tambahnya lagi.

Jika AJL diteruskan bagi memberikan anugerah kepada bakat pemuzik dan komposer di Malaysia, Joe berpendapat sudah masanya kita mempunyai satu anugerah yang benar-benar signifikan, relevan dan tidak membuat industri semakin ke belakang.

“Jika sesuatu pertandingan itu membunuh keseluruhan industri muzik, itu bukan cara yang baik untuk kita hasilkan muzik.

“Kita memerlukan satu majlis anugerah seperti Grammy. Kita tak perlukan artis bertanding sesama sendiri dan tentukan kemenangan antara lagu nasyid dengan lagu rock.

“Bagi saya majlis anugerah terbaik pernah saya hadiri ialah Shout! Awards. Kita ada persembahan daripada artis antarabangsa, Sean Kingston. Anugerah itu juga bersifat inklusif meraikan semua genre muzik dan kaum,”ulasnya.

Kata Joe lagi, dia sebenarnya sudah tawar hati untuk bertanding di AJL. Bahkan penyanyi itu turut mendedahkan pernah menolak pelawaan pihak AJL mencalonkan lagu Alhamdulillah semasa lagu itu terbit pada tahun 2001 bersama-sama Too Phat.

“Waktu itu mereka kata lagu Alhamdulillah adalah peluang sangat besar untuk menang AJL kerana ia lagu hit pada masa itu. Mereka minta untuk kami masuk bertanding AJL.

“Saya kata ‘tidak’ kerana kami bukan penyanyi malam kebudayaan.

“Sebenarnya saya sudah tidak mahu masuk bertanding untuk AJL yang lalu. Tapi pengurus saya kata, pasukan saya sudah berusaha keras untuk lagu Satu Malam Di Temasik. Jadi saya masuk sebab mereka,” katanya.

Untuk info, Joe Flizzow merupakan naib juara bagi AJL ke-37 menerusi lagu Satu Malam di Temasik. Bukan itu sahaja, dia juga pernah dinobatkan sebagai juara AJL ke-29 menerusi lagu  Apa Khabar juga duet bersama-sama SonaOne.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya