Ada bukti jelas Tun M kaya - Anwar

Ada bukti jelas Tun M kaya – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika hadir di Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berasakan beliau tidak perlu bersusah payah untuk mengemukakan bukti mengenai kekayaan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu jelas mempunyai beberapa harta yang bernilai melebihi RM1 bilion ketika ini.

Justeru, beliau menganggap Dr. Mahathir tidak perlu menafikan mengenai kekayaannya.

“Ada…dah ada (bukti), kalau dah ada pesawat, ada kapal, ada syarikat berbilion-bilion, bukti apa lagi..semua orang tahu.

“Ini menegakkan benang yang basah,” katanya kepada pemberita ketika hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Semalam, Mahathir mencabar Anwar supaya membuktikan sama ada beliau benar-benar memiliki wang berbilion ringgit seperti yang didakwa Perdana Menteri ke-10 itu.

Katanya, sekiranya Anwar mampu berbuat demikian, separuh daripada wang berkenaan akan dikongsikan kepadanya.

Tahun lalu, Anwar mengisytiharkan harta sebanyak RM11.2 juta beberapa minggu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya tak ada masalah, saya antara yang isytiharkan harta yang tidak diam, baru ini saya isytihar RM11 juta, salah satunya harga rumah di Segambut yang bukan rahsia,” katanya.

Mahathir pula pernah mengisytiharkan hartanya bernilai RM32.3 juta ketika kembali menjadi Perdana Menteri pada 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.